Tutorial
Tutorial 1
Cara Memulakan Simpanan Emas
Tutorial 2
Akaun Public Gold
Tutorial 3
Semakan Harga Emas Semasa
Tutorial 4
Gold Accumulation Program ( GAP )
Tutorial 5
Outright Purchase ( EPP / Ful Payment )
Tutorial 6
Jualan Emas Fizikal Kepada Public Gold
Tutorial 7
Cara Menjadi Dealer Public Gold
Tutorial 8
Cara Mendaftarkan Akaun Public Gold Bagi Kenalan Atau Keluarga
Tutorial 9
Cara Menghubungi Public Gold Customer Service
Nota Ringkas Penerangan GAP
Gold Accumulation Program (GAP)
GAP adalah satu kaedah untuk membeli dan mengumpul emas secara berperingkat melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.
Konsep GAP adalah serupa dengan akaun bank online, namun perbezaannya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit, manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas. Dengan kata lain, apabila anda membeli emas, duit anda akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.
Kelebihan GAP:
- Bajet Fleksibel:
Sesuai bagi anda yang mempunyai bajet sekitar RM100 - RM1000 untuk menyimpan emas tanpa terikat dengan komitmen bulanan.
- Simpanan Tanpa Yuran:
Simpanan emas di akaun GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan, sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk menyimpan emas fizikal sendiri.
- Patuh Syariah:
Simpanan emas GAP adalah bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.
Pembelian Gram Emas GAP
Harga Emas GAP
- Harga emas GAP dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam.
- Sebagai contoh, pada 2 Mac 2022, harga emas adalah RM281/gram.
Pembelian:
- Jika anda membeli emas bernilai RM281 pada hari tersebut, anda akan menerima 1 gram emas.
- Jika anda membeli emas bernilai RM100, anda akan menerima 0.3559 gram emas.
Penyimpanan:
- Gram emas yang dibeli akan disimpan oleh Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan.
- Setiap kali anda membuat pembelian emas, jumlah gram emas akan bertambah dan terkumpul di dalam akaun GAP.
Semakan:
- Anda boleh menyemak jumlah simpanan emas anda pada bila-bila masa secara online melalui laman web atau aplikasi Public Gold.
Apa Boleh Dilakukan Dengan Simpanan Gram Emas Dalam Akaun GAP
BUY : Untuk membeli emas yang akan automatik ditukar kepada gram emas. Minimum pembelian adalah RM100 ke atas.
SELL : Untuk menjual semula emas dalam akaun kepada Public Gold secara online. Wang tunai hasil jualan akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.
AR-RAHNU : Untuk memajak emas dalam akaun kepada Arrahnu KDE (anak syarikat Public Gold) secara online. Anda akan menerima pinjaman sebanyak 70% dari nilai emas yang dipajak dan wang tunai akan dimasukkan terus ke akaun bank.
WITHDRAW : Untuk mengeluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) daripada akaun apabila jumlah gram mencukupi. Emas akan dihantar secara berinsurans kepada anda.
ACCOUNT : Untuk melihat jumlah baki gram emas (Available Balance, Floating Balance, Current Balance, Average Price).
HISTORY :
Untuk melihat sejarah transaksi termasuk belian, jualan, pengeluaran, dan Ar-Rahnu.
Pengeluaran Emas Fizikal
Pilihan Emas Fizikal (Goldbar) dalam Akaun GAP
Anda boleh memilih untuk mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP dalam pelbagai berat, dari 1 gram hingga 1,000 gram.
Jenis Emas Fizikal yang Tersedia :
- Goldbar: 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram
- Dinar: 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar
Prosedur Pengeluaran :
- Anda boleh mengeluarkan mana-mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram mencukupi. Pastikan anda tinggalkan baki 1 gram dalam akaun supaya akaun kekal aktif.
- Jika anda tidak mahu menyimpan emas fizikal, biarkan sahaja di dalam akaun GAP.
Contoh Pengeluaran :
Jika anda telah membeli emas melalui akaun GAP dan jumlah terkumpul adalah 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal maksimum sebanyak 10 gram seperti berikut:
- 1 keping goldbar 10 gram atau
- 2 keping goldbar 5 gram atau
- 10 keping goldbar 1 gram atau
- 2 keping 1 dinar atau
- 4 keping ½ dinar
Penghantaran :
- Untuk emas berjumlah 21 gram atau 5 dinar ke bawah, Public Gold akan menghantarnya secara berinsurans ke rumah anda.
- Bagi jumlah emas yang lebih daripada itu, anda perlu mengambilnya di cawangan Public Gold yang terdekat.
Contoh Transaksi Akaun Emas GAP
Contoh Transaksi Simpanan Emas
Ini adalah contoh transaksi simpanan emas salah seorang ahli Public Gold yang meliputi aktiviti beli, jual, Ar-Rahnu, dan pengeluaran emas fizikal. Paparan transaksi sebegini perlu menggunakan desktop atau laptop.
Penyata Transaksi:
Penyata Akaun GAP
- Anda boleh mendapatkan penyata akaun GAP yang menunjukkan transaksi pembelian dan pengeluaran emas setiap bulan melalui akaun GAP.
- Penyata akaun GAP ini boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan pinjaman.
Soalan Lazim GAP
01. Adakah Public Gold dan Public Bank entiti yang sama?
- Tidak! Public Gold Marketing Sdn Bhd tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana bank. Public Gold Marketing Sdn Bhd adalah syarikat jual beli emas dan perak.
02. Adakah harga emas GAP mengikut harga emas dunia?
- Harga emas GAP berubah setiap 24 jam pada jam 12 tengah malam berdasarkan harga emas dunia pada ketika itu. Walaupun harga emas dunia naik atau turun pada siang hari, harga emas GAP kekal sehingga jam 12 malam berikutnya.
03. Adakah wajib beli emas melalui GAP setiap bulan?
- Tidak! Tiada komitmen wajib bulanan. Anda boleh beli emas bila-bila masa anda suka. Walaupun sudah berbulan tidak beli emas, akaun GAP anda kekal aktif. Berapa jumlah pembelian anda juga terpulang kepada anda asalkan minimum RM100 (tiada had maksimum jika mahu beli lebih).
04. Adakah simpanan emas saya hangus jika saya meninggal dunia?
- Tidak! Jika berlaku kematian, waris yang dilantik sebagai pentadbir harta pusaka boleh hadir ke mana-mana cawangan Public Gold untuk menuntut simpanan emas dalam akaun GAP si mati.
05. Bolehkah saya simpan emas saya dalam akaun GAP tapi tidak mahu keluarkan emas fizikal?
- Boleh! Emas dalam akaun GAP boleh dijual atau dipajak terus melalui akaun GAP kepada Public Gold dan wang anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Tiada upah simpanan dikenakan. Simpanan adalah percuma.
06. Adakah simpanan GAP hanya sekadar nombor dan tiada emas fizikal yang disediakan?
- Tidak! Salah satu syarat untuk mendapatkan pengesahan patuh syariah adalah kesediaan syarikat untuk menyediakan emas fizikal pada bila-bila masa apabila penyimpan emas ingin mengeluarkan emas fizikal. Setiap kali penyimpan emas membeli emas melalui akaun GAP, Public Gold akan menambah stok emas fizikal dan disimpan di Public Safe (Safe Deposit Company).
07. Adakah simpanan emas GAP saya dilindungi PIDM?
- Tidak! PIDM hanya melindungi syarikat perbankan dan tidak melindungi syarikat jual beli emas. Walau bagaimanapun, semua emas yang disimpan di Public Safe dilindungi insurans oleh Lonpac Insurance Berhad.
08. Adakah wajib bayar zakat bagi simpanan emas GAP?
- Ya! Semua jenis emas simpanan termasuk emas GAP, goldbar atau emas perhiasan yang tidak dipakai perlu dibayar zakat apabila cukup atau melebihi 85 gram dan cukup tempoh pemilikan iaitu 1 tahun. Zakat yang perlu dikeluarkan hanyalah 2.5% dari nilai emas semasa.
09. Bilakah tempoh matang untuk saya jual emas saya?
- Dalam Public Gold, simpanan emas anda adalah hak milik anda. Tiada tempoh matang! Anda boleh keluarkan emas fizikal, jual atau pajak emas anda pada bila-bila masa anda mahu.
10. Adakah saya perlu bayar apa-apa untuk mendaftar?
- Tidak! Untuk daftarkan akaun Public Gold, tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran adalah percuma. Untuk menyimpan emas dalam akaun GAP juga tidak dikenakan caj simpanan. Anda hanya perlu bayar untuk membeli emas sahaja.
Bayaran Penuh (Full Payment)
Anda boleh membeli dan memiliki emas fizikal secara pembayaran penuh. Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet besar atau lebih daripada RM1,000 dan berkeinginan untuk mendapatkan emas fizikal secara terus.
Konsepnya :
- Anda membeli emas yang diinginkan dengan membuat bayaran penuh mengikut harga emas semasa yang dikemaskini setiap 20 minit.
Nota Ringkas Penerangan Bayaran Penuh
Nota Ringkas Penerangan Bayaran Penuh :
- Kaedah ini sesuai kepada anda yang berkeinginan untuk membeli emas fizikal secara terus.
- Anda boleh mendapatkan emas fizikal bernilai RM1,000 ke atas seperti 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar dengan kaedah bayaran penuh.
- Terdapat caj Gold Premium yang sangat berpatutan mengikut berat emas.
- Anda boleh mengunci tempahan emas melalui akaun Public Gold dan membuat pembayaran penuh selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh ditempah.
- Jika tiada pembayaran dibuat dalam masa 7 hari selepas tempahan atau jika anda ingin membatalkan tempahan, anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.
- Setelah pembayaran selesai, emas akan dihantar secara berinsurans bagi berat bawah 21 gram, manakala emas yang lebih daripada 21 gram boleh dituntut di cawangan Public Gold terdekat.
Pembelian Emas Bayaran Penuh
Jika anda ingin membeli dan memiliki emas fizikal secara terus, anda boleh melakukannya dengan kaedah bayaran penuh.
Contoh : Pada 27 Februari 2022, harga emas goldbar 1kg adalah RM271,769 mengikut harga semasa yang dikemaskini setiap 20 minit. Emas ini boleh dituntut di cawangan Public Gold yang terdekat.
Easy Payment Purchase (EPP)
EPP adalah kaedah untuk membeli dan memiliki emas fizikal secara bayaran bulanan melalui deposit sekuriti, samada selama 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan.
Konsep EPP :
- Anda membeli emas pada masa hadapan dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda membayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga pada hari tersebut.
- EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda menyelesaikan pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dipos secara berinsurans kepada anda.
Nota Ringkas Penerangan EPP
- Kaedah EPP sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan.
- EPP boleh dibuat bagi tempahan emas yang bernilai RM1,000 ke atas.
- Pembayaran bulanan EPP boleh dibuat melalui akaun Public Gold pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan dalam jadual pembayaran. Paling lewat 7 hari selepas tarikh bayaran bagi mengelakkan tempahan terbatal.
- Terdapat caj tambahan kecil yang dikenakan, iaitu caj EPP Premium dan juga caj Gold Premium. Caj ini adalah sangat murah mengikut berat emas.
- Jika tiada pembayaran dibuat mengikut jadual bayaran sehingga Public Gold membatalkan tempahan EPP atau anda ingin membatalkan tempahan EPP, anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.
- Setelah selesai pembayaran EPP, emas akan dipos kepada anda melalui pos berinsurans bagi jumlah emas di bawah 21 gram, manakala emas melebihi 21 gram boleh dituntut di cawangan Public Gold yang terdekat.
Pembelian Emas EPP
Harga Emas EPP
- Harga emas EPP dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Sebagai contoh, pada 27 Februari 2022, harga emas 10 gram bungamas adalah RM2,781.
- Jika anda tiada bajet sebanyak itu, anda boleh membeli 10 gram bungamas melalui EPP6 atau EPP10:
- EPP6 : Bayar RM459/bulan selama 6 bulan.
- EPP10 : Bayar RM275/bulan selama 10 bulan.
- Anda tidak perlu risau jika harga emas naik pada bulan-bulan akan datang kerana anda hanya perlu membayar harga yang sama mengikut jadual.
- Selepas habis pembayaran, emas tersebut akan menjadi milik anda dan boleh disimpan sendiri.
Hukum Membeli Emas Secara EPP
- Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah. Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.
- Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.
- Selepas itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.
- Setelah selesai semua bayaran, barulah akad jual beli antara anda dan Public Gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.
Soalan Lazim EPP
01. Boleh tak Public Gold simpankan emas saya dalam akaun GAP selepas habis bayar EPP?
- Tidak! EPP dan GAP adalah kaedah pembelian emas yang berbeza. Emas yang dibeli melalui EPP wajib dituntut selepas habis bayar. Jika tidak mahu pegang emas fizikal, kaedah pembelian melalui GAP adalah lebih sesuai untuk anda.
02. Adakah harga emas EPP mengikut harga emas dunia?
- Ya! Harga emas untuk EPP berubah setiap 20 minit berdasarkan harga emas dunia pada ketika itu. Ketika anda ingin tempah pembelian EPP, terdapat "timer" yang menunjukkan baki masa sebelum harga emas berubah.
03. Adakah wajib bayar bayaran bulanan mengikut jadual ditetapkan?
- Ya! Pembelian melalui EPP adalah berbentuk komitmen bulanan. Anda wajib buat bayaran sebelum 'due date' atau selewat-lewatnya 7 hari selepas 'due date'. Jika tiada bayaran dilakukan selepas 7 hari dari 'due date', tempahan akan dibatalkan secara automatik. Jika ada bayaran yang telah dilakukan sebelum itu, semua bayaran akan dipulangkan setelah ditolak caj pembatalan sebanyak 10% dari jumlah tempahan EPP.
04. Bolehkah saya buat bayaran melebihi jumlah bayaran bulanan yang ditetapkan?
- Boleh! Untuk pembayaran melalui FPX, jumlah bayaran telah ditetapkan berdasarkan jumlah bayaran bulanan. Jika anda mahu membuat bayaran melebihi jumlah bayaran bulanan ditetapkan, anda perlu membuat bayaran secara manual dengan memindahkan wang terus ke akaun bank syarikat dan memuat naik resit pembayaran ke laman web Public Gold melalui akaun anda.
05. Bolehkah saya membatalkan tempahan EPP sebelum selesai membuat semua bayaran?
- Boleh! Anda boleh batalkan tempahan EPP pada bila-bila masa dengan menghubungi 'customer service' Public Gold. Jika ada bayaran yang telah dibuat sebelum itu, semua bayaran akan dipulangkan setelah ditolak caj pembatalan sebanyak 10% dari jumlah tempahan EPP.
06. Bagaimana cara saya boleh tuntut emas selepas selesai semua bayaran EPP?
- Untuk tempahan emas 20 gram atau 5 dinar ke bawah, emas fizikal anda akan dipos terus ke rumah melalui pos berinsurans atau GIT. Untuk tempahan emas 50 gram atau 10 dinar ke atas, emas fizikal perlu dituntut di mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
07. Jika saya meninggal dunia sebelum selesai membuat semua bayaran EPP, adakah bayaran saya sebelum ini dikira 'hangus'?
- Tidak! Sekiranya berlaku kematian kepada penyimpan emas, pentadbir harta yang dilantik dari kalangan waris boleh buat tuntutan di mana-mana cawangan Public Gold.
08. Bolehkah saya beli emas melalui EPP tetapi untuk bayaran selama 10 bulan?
- Boleh, jika ada promosi dijalankan! EPP yang ditawarkan hanya untuk bayaran secara berperingkat selama 6 bulan sahaja (EPP 6x) dengan syarat jumlah tempahan melebihi RM1,000 dalam 1 resit. Untuk EPP 10 bulan (EPP 10x), hanya dibenarkan apabila Public Gold menjalankan promosi tertentu pada tempoh masa yang ditetapkan. Tanpa promosi, hanya EPP 6x sahaja dibenarkan.
09. Adakah perlu bayar zakat bagi emas yang dibeli melalui EPP tetapi belum habis bayar?
- Tidak! Selagi belum habis bayar EPP, akad jual beli belum terlaksana dan emas berkenaan belum sempurna milik. Zakat hanya perlu dibayar selepas sempurna milik.
10. Jika saya belum habis bayar EPP, bolehkah saya jual emas berkenaan kepada Public Gold dengan harga semasa?
- Tidak! Selagi semua bayaran belum dijelaskan, akad jual beli belum berlaku. Jadi emas berkenaan belum jadi milik anda untuk dijualkan.
Goldbar & Dinar Public Gold
1 Gram Goldbar Classic
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 1 Gram
1 /2 Dinar
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 2.125 gram
1 Dinar
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 4.25 Gram
5 Dinar
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 21.25 gram
10 Dinar
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 42.5 Gram
5 Gram BungaMas
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 5 gram
10 Gram BungaMas
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 10 Gram
20 Gram BungaMas
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 20 gram
50 Gram BungaMas
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 50 Gram
100 Gram BungaMas
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 100 gram
10 Gram Tai Fook
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 10 Gram
20 Gram Tai Fook
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 20 gram
50 Gram Tai Fook
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 50 Gram
100 Gram Tai Fook
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 100 gram
250 Gram Goldbar
Ketulenan : 24 Karat
Berat : 250 Gram