Cara Untuk Menjadi Dealer
Untuk Menjadi Dealer Public Gold
Terdapat 3 kaedah untuk melayakkan anda menjadi dealer:
Normal Dealer
1. Buat pembelian 200 gram emas dalam satu resit pada bila-bila masa; atau
2. Buat pembelian emas dengan jumlah lebih rendah ketika berlangsungnya promosi.
3. Sertai Training Dealer (PLT & NDO).
Priority Dealer
1. Buat pembelian 500 gram emas dalam satu resit pada bila-bila masa; atau
2. Daftarkan 150 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas anda serta penyimpan emas tersebut mencukupi RM150,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang; atau
3. Buat pembelian emas dengan jumlah lebih rendah ketika berlangsungnya promosi.
4. Sertai Training Dealer (PLT & NDO).
Nota: Sila pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
Promosi Dealer
Public Gold sentiasa menjalankan promosi untuk menjadi dealer dengan pembelian yang lebih murah dari masa ke semasa. Promosi ini berlangsung untuk tempoh masa tertentu.
Untuk menjadi dealer melalui promosi:
1. Anda perlu membuat pembelian emas promosi berdasarkan jumlah yang ditetapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. Setiap pembelian perlu disertakan dengan pembelian goldbar Wealth Card 0.5 gram.
3 Langkah Penting untuk Menjadi Dealer:
1. Buat pembelian promosi seperti yang ditetapkan.
2. Buat pembelian goldbar Wealth Card 0.5 gram.
3. Sertai Training Dealer (PLT & NDO).
Langkah Tambahan: Maklumkan kepada saya selepas pembelian di atas untuk melengkapkan proses naik taraf.
Step 1 : Pembelian Promosi
Kebiasaannya, untuk pembelian promosi, anda perlu membeli emas melalui GAP atau Outright Purchase bergantung kepada promosi yang berlangsung dalam kuantiti tertentu.
Step 2: Pembelian Wealth Card
Wealth card adalah goldbar 0.5 gram yang ditempah khas dengan nama dan status dealer anda yang akan diukir pada kad berkenaan.
Wealth card wajib dibeli bagi sesiapa yang ingin menjadi dealer kerana ia merupakan 'membership card' bagi setiap dealer.
Memandangkan wealth card ditempah khas dengan ukiran nama anda, proses penghasilannya akan mengambil masa satu bulan. Setelah siap, Public Gold akan menghantarkannya terus kepada anda melalui pos berinsurans.
Wealth card perlu dibeli secara berasingan dari pembelian promosi.
Oleh itu, selepas selesai membuat pembelian promosi, teruskan dengan langkah-langkah seperti di bawah bagi pembelian wealth card.
Nota Tambahan:
Selepas selesai kedua-dua pembelian di atas, sila hubungi saya dan maklumkan nombor ID bagi pembelian yang anda buat untuk melengkapkan proses naik taraf.
Anda juga wajib hadir Dealer Training sebagai syarat untuk naik taraf kepada status dealer.