TUTORIAL 5
Outright Purchase ( EPP / FULL PAYMENT )
Dua Cara Membeli Emas Melalui Outright Purchase:
Pembelian Dengan Bayaran Penuh
Pembelian Melalui Bayaran Bulanan ( Epp )
Pembelian Dengan Bayaran Penuh ( Full Payment )
Konsep:
Pembelian ini berkonsepkan 'cash & carry'.
Tuntutan:
Selepas bayaran selesai dibuat, emas fizikal wajib dituntut untuk simpanan sendiri.
Maklumat:
Sila pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
This is the default Tab content. Feel free to delete it.
Tutorial Outright
Cara Membuat Pembayaran Bagi Tempahan Outright Purchase
Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Emas**
Terdapat dua kaedah untuk membuat bayaran, sama ada untuk:
1. Pembelian secara bayaran penuh (Full Payment).
2. Bayaran pertama atau bayaran bulanan berikutnya bagi Easy Payment Purchase (EPP).
Kaedah Pembayaran:
1. Online:
Sesuai untuk semua jenis bayaran.
2. Manual:
Untuk bayaran EPP secara advance atau 'full settlement' tanpa mengikut jadual bayaran bulanan, sila gunakan kaedah bayaran secara manual.
Nota: Goldbar anda boleh terus dituntut selepas semua bayaran dijelaskan.
Pembayaran Secara Online ( FPX )
Pembayaran Manual ( Bank In / Direct Transfer )
Pembayaran Secara Manual
1. Maklumat Pembayaran:
Buat bayaran ke salah satu akaun bank Public Gold di bawah melalui bank in (CDM) atau pemindahan terus (direct transfer):
BANK : Malayan Banking Berhad (MAYBANK)
Nombor Akaun : 5071-3410-4563
Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.
BANK : Public Bank Berhad
Nombor Akaun : 3167-52-0833
Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.
2. Jumlah Bayaran:
Untuk bayaran secara manual, anda boleh memilih jumlah bayaran sama ada mengikut jadual bayaran bulanan atau pembayaran advance.
3. Resit Pembayaran:
Pastikan anda menyimpan resit bayaran sehingga semua bayaran selesai dibuat dan goldbar anda selamat sampai ke tangan anda.
4. Muatnaik Resit:
Muatnaik resit bayaran ke akaun Public Gold anda seperti diterangkan di bawah.
Semakan Status Bayaran
1. Semakan Status Bayaran:
- Selepas bayaran dibuat, semakan status bayaran boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari bekerja.
2. Langkah Semakan:
- Ulang langkah 1 hingga 3 seperti pembayaran secara online di atas. Kemudian, skrol ke bawah untuk melihat jadual bayaran yang telah dikemaskini.
3. Status Bayaran:
- Selepas bayaran diterima, status bayaran akan berubah kepada "PAID" dan outstanding akan berubah kepada RM0.00.
4. Advanced Payment:
- Jika anda membuat pembayaran advance untuk 2 bulan berikutnya, anda boleh memilih sama ada untuk membuat bayaran seperti biasa pada bulan berikutnya atau 'skip' bayaran untuk 2 bulan berikutnya.
5. Tempoh Bayaran:
- Jika anda memilih untuk membayar seperti biasa pada bulan berikutnya, tempoh bayaran anda akan disingkatkan dan anda boleh menuntut emas anda lebih awal dari jadual asal.
Tuntutan Emas Fizikal
- Selepas semua bayaran diselesaikan, anda boleh menuntut emas fizikal anda.
- Sila pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
Kaedah Tuntutan:
1. GIT atau Postage Berinsurans:
- Untuk goldbar seberat 20 gram atau 5 dinar ke bawah, tuntut melalui GIT atau postage berinsurans.
2. Manual:
- Untuk goldbar seberat 50 gram atau 10 dinar ke atas, tuntut melalui kaedah manual.
Gold-In-Transit ( GIT )
- GIT adalah kaedah penghantaran emas terus ke rumah anda melalui postage berinsurans.
- Untuk goldbar dengan berat 20 gram atau 5 dinar ke bawah, penghantaran akan dilakukan melalui GIT.
- Caj penghantaran adalah RM10 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 bagi Sabah & Sarawak bagi setiap bungkusan (had berat setiap bungkusan adalah 21.25 gram).
- Sekiranya berlaku kehilangan semasa proses penghantaran, maklumkan kepada Public Gold melalui perkhidmatan pelanggan dan goldbar baru akan dihantar kepada anda.
- Proses tuntutan insurans ke atas goldbar yang hilang akan diuruskan oleh Public Gold.
- Penghantaran goldbar kepada anda akan mengambil masa selewat-lewatnya 15 hari bekerja (kebiasaannya hanya mengambil masa seminggu).
Semakan Tracking Number
Kemas Kini:
Tracking number akan diupdate dalam tempoh 3 hari bekerja.
Proses Penghantaran:
Penghantaran akan mengambil masa selewat-lewatnya 15 hari bekerja.
Langkah-Langkah Semakan Tracking Number
Untuk semakan tracking number, ikut langkah-langkah berikut.
Manual - Tuntutan Di Cawangan PUBLIC GOLD
Manual - Tuntutan di Cawangan Public Gold
1. Had Insurans:
- Untuk emas fizikal dengan berat 50 gram atau 10 dinar ke atas, anda perlu datang ke mana-mana cawangan terdekat kerana had insurans bagi GIT hanyalah 20 gram atau 5 dinar sahaja.
2. Langkah Sebelum Kehadiran:
- Tetapkan temujanji kehadiran melalui laman web rasmi atau aplikasi Public Gold.
- Sila hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dan bawa bersama kad pengenalan anda.
Cara Tetapkan Masa untuk Temujanji Kehadiran: