TUTORIAL 4
TUTORIAL GOLD ACCUMULATION PROGRAM ( GAP )
Tutorial Lengkap:
Cara Berurusan dengan Public Gold Melalui Akaun GAP
Tutorial GAP
Semakan Simpanan Emas Terkumpul dan Baki Akaun Semasa
Anda boleh menyemak jumlah simpanan emas terkumpul dan baki akaun simpanan emas semasa melalui aplikasi Public Gold.
Langkah-langkah:
1. Buka aplikasi Public Gold.
2. Log masuk ke akaun anda.
3. Pergi ke bahagian "Simpanan Emas".
4. Semak jumlah simpanan emas terkumpul dan baki akaun semasa.
Tutorial GAP
Tiga Cara Membeli Emas Melalui Akaun GAP
1. FPX:
- Pembelian emas dengan bayaran terus melalui online banking.
2. Manual:
- Pembelian dengan kaedah bayaran secara pemindahan terus (direct transfer) atau menggunakan mesin deposit tunai (CDM) terus ke akaun bank Public Gold.
3. Auto Debit:
- Pembelian bulanan secara automatik mengikut jumlah, tarikh, dan tempoh yang anda tetapkan.
Pembelian Emas Melalui Akaun GAP:
- Bayaran Online (FPX):
Pembelian emas melalui akaun GAP boleh dilakukan melalui bayaran online (FPX).
- Jumlah Pembelian:
Jumlah pembelian emas adalah 100% mengikut pilihan anda tetapi mestilah sekurang-kurangnya RM100 atau lebih.
- Penukaran Bayaran:
Bayaran anda akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.
- Langkah-langkah:
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat pembelian melalui bayaran online.
Pembelian Emas GAP Melalui Auto-Debit
- Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah, tarikh (effective date), dan tempoh pembelian yang anda tetapkan.
- Duit akan ditolak dari akaun bank anda dalam tempoh 7 hari bekerja selepas effective date yang anda tetapkan dan gram emas akan dimasukkan ke dalam akaun GAP anda secara automatik.
- Walaupun mengambil masa 7 hari bekerja untuk duit ditolak dari akaun bank anda, harga emas untuk setiap pembelian anda tetap berdasarkan harga emas pada effective date bulanan yang anda tetapkan.
- Pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk mengaktifkan fungsi auto debit ini.
- Anda boleh menukar jumlah pembelian bulanan pada bila-bila masa (pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk setiap penukaran).
- Anda boleh menghentikan fungsi auto debit ini pada bila-bila masa (pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk penamatan auto debit).
Rujuk langkah-langkah tutorial di bawah untuk mengaktifkan fungsi auto debit.
Pembelian Manual Bagi Penyimpan Emas Tanpa Online Banking
1. Kaedah Pembelian:
- Anda boleh membuat pembelian secara manual dengan memindahkan wang terus ke akaun bank Public Gold atau melalui mesin deposit tunai (CDM).
2. Peringatan:
- Tidak digalakkan menggunakan Cash Deposit Machine (CDM). Proses ini mungkin menyulitkan sekiranya mesin tidak mengeluarkan resit atau duit tersangkut dalam mesin.
3. Maklumat Akaun Bank Public Gold:
- Bank: Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Nombor Akaun: 5071-3410-4563
- Penama: Public Gold Marketing Sdn Bhd
4. Resit Pembayaran:
- Pastikan anda menyimpan resit pembayaran sehingga gram emas yang dibeli dimasukkan ke dalam akaun GAP anda.
**Nota Tambahan:**
- Bagi yang ingin membuat pembelian GAP bagi menjadi dealer, sila pilih cara pembelian melalui bayaran FPX atau manual sahaja.
Tutorial GAP
Penjualan Emas
Proses Menjual Emas dalam Simpanan GAP
1. Kemaskini Profil:
Pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
2. Bayaran Jualan:
Bayaran hasil jualan emas anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dalam masa 2 hari bekerja.
3. Baki Minimum:
Anda perlu meninggalkan baki 1 gram dalam akaun selepas jualan bagi memastikan akaun terus kekal aktif.
4. Penjualan Keseluruhan:
Untuk menjual kesemua emas dalam simpanan GAP tanpa meninggalkan baki, sila hantar Help Ticket di Helpdesk Public Gold untuk proses pengeluaran dan penutupan akaun GAP anda.
5. Harga Jualan:
Harga jualan yang ditunjukkan adalah jumlah yang anda akan terima.
6. Spread GAP:
Spread untuk jualan emas melalui akaun GAP ditetapkan pada 9%.
Tutorial GAP
Pajak Gadai ( Arrahnu )
Pajak Gadai Emas dalam Simpanan GAP
1. Proses Pajak Gadai:
- Emas akan dipajak kepada Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE).
2. Kemaskini Maklumat:
- Pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
3. Bayaran Gadaian:
- Bayaran hasil gadaian emas anda akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 2 hari bekerja.
4. Baki Minimum:
- Anda perlu meninggalkan baki 1 gram dalam akaun selepas gadaian bagi memastikan akaun GAP anda kekal aktif.
5. Maklumat Pajak Gadai:
- Nilai Marhum : Rujuk pada harga emas GAP.
- Jumlah Pinjaman : 70% daripada nilai marhum.
- Upah Simpan : 1% setiap bulan berdasarkan nilai marhum.
- Tempoh Pinjaman : 6+2 bulan (maksimum 8 bulan).
6. Gadaian Minimum:
- Minimum gadaian adalah sama ada RM100 atau 1 gram.
Nota Tambahan:
Selepas selesai langkah-langkah di atas, anda akan menerima email dari Public Gold beserta panduan cara pembayaran balik pinjaman.
Selepas semua bayaran pinjaman diselesaikan, gram emas yang anda gadai akan dimasukkan semula ke dalam akaun GAP anda dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
Tutorial GAP
Pengeluaran Emas Fizikal
Terdapat dua kaedah pengeluaran emas fizikal (bergantung kepada berat emas fizikal):
1. GIT (Gold-In-Transit):
Untuk goldbar dengan berat 21.25 gram atau kurang.
2. Manual :
Untuk goldbar dengan berat melebihi 21.25 gram.
Sila pastikan anda telah mengemaskini profil dan maklumat bank pada akaun Public Gold anda.
Baki Minimum :
Baki 1 gram perlu ditinggalkan di dalam akaun selepas pengeluaran emas fizikal bagi memastikan akaun GAP anda terus kekal aktif.
GOLD-IN-TRANSIT ( GIT )
- GIT adalah kaedah penghantaran emas terus ke rumah anda melalui postage berinsurans.
- Untuk goldbar dengan berat 20 gram atau 5 dinar dan ke bawah, penghantaran akan dilakukan melalui GIT.
- Caj penghantaran adalah RM10 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 bagi Sabah & Sarawak bagi setiap bungkusan (had berat setiap bungkusan adalah 21.25 gram).
- Sekiranya berlaku kehilangan semasa penghantaran, maklumkan kepada Public Gold melalui perkhidmatan pelanggan dan goldbar baru akan dihantar kepada anda.
- Proses tuntutan insurans ke atas goldbar yang hilang akan diuruskan oleh Public Gold.
- Penghantaran goldbar kepada anda akan mengambil masa selewat-lewatnya 14 hari bekerja (kebiasaannya hanya mengambil masa seminggu).
MANUAL - TUNTUTAN DI CAWANGAN PUBLIC GOLD
- Untuk emas fizikal dengan berat melebihi 21.25 gram, anda perlu datang ke mana-mana cawangan terdekat kerana had insurans bagi GIT hanyalah 21.25 gram sahaja.
Sebelum Kehadiran ke Cawangan:
1. Tetapkan temujanji kehadiran melalui laman web rasmi Public Gold setelah 'availability' emas fizikal anda disahkan.
2. Sila hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dan bawa bersama kad pengenalan anda.
TETAPKAN MASA UNTUK TEMUJANJI KEHADIRAN
- Setelah perkhidmatan pelanggan mengesahkan ketersediaan emas fizikal yang anda ingin tuntut di cawangan pilihan anda, teruskan dengan penetapan temujanji untuk hadir ke cawangan Public Gold tersebut.